Pelajar klinikal kembali ke kampus!

Pelajar senior program Ijazah Sarjana Muda Pergigian dan Optometri Universiti SEGi telah kembali kampus Kota Damansara untuk melaksanakan tanggungjawab dalam menyampaikan perkhidmatan Pergigian dan Optometri kepada orang ramai, dan juga merupakan sebahagian daripada latihan klinikal mereka.

SEGi amat berbangga dengan komitmen para pelajar yang berterusan dalam memberikan perkhidmatan penting kepada masyarakat.

 

Prof. Azrin Ariffin, Timbalan Canselor Hal Ehwal Pelajar, Universiti SEGi dilihat bersama Dato’ Dr. Ahmad Termizi, Dekan, Fakulti Pergigian, Universiti SEGi di SEGi Oral Health Centre atau Pusat Kesihatan Pergigian SEGi.

 

Prof Azrin dilihat bersama Dr. Foo Say Kiang, Wakil Dekan, Fakulti Optometri dan Penglihatan, Universiti SEGi memerhatikan pemeriksaan mata yang dilakukan oleh doktor pelajar di Pusat SEGi EyeCare
Spread the love