Universiti SEGi dianugerahkan QS 5 Stars* Plus atas kecemerlangan dan kepelbagaian

QS World Universities Ranking 2022 telah mengumumkan pada 2 November 2021 lalu, Universiti SEGi berjaya mencapai keseluruhan status QS 5 Stars Plus dalam mencapai penarafan QS 5 Stars menerusi lapan penilaian. Anugerah ini boleh digunapakai selama tiga tahun, dari tahun 2022 hingga 2024.

Sistem penarafan QS Stars merupakan penilaian prestasi universiti mengikut piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan. Oleh itu, ia merangkumi kriteria yang lebih luas daripada mana-mana carta ranking dunia yang lain.

Universiti SEGi merupakan salah satu daripada 19 universiti di seluruh dunia dan satu daripada dua universiti Malaysia yang dianugerahkan kepujian QS 5 Stars Plus.

Universiti SEGi mendapat penarafan 5 Bintang untuk lapan kategori Pengajaran, Pengantarabangsaan, Pembelajaran Atas Talian, Seni & Budaya, Kebolehpasaran, Pembangunan Akademik, Kriteria Pakar: Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS), dan Keterangkuman untuk mencapai penanda aras QS 5 Stars Plus.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEGi, Profesor Hew Moi Lan berkata, “Kami berbesar hati diberi pengiktirafan ini. Pencapaian ini adalah hasil yang memberangsangkan dan usaha gigih berterusan pasukan akademik kami daripada semua fakulti serta pelbagai jabatan sokongan lain untuk memastikan kami dapat menyediakan pendidikan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelajar kami. Universiti SEGi akan meneruskan momentum prestasi cemerlang ini.”

Antara pencapaian lain yang Universiti SEGi capai dalam penilaian QS ialah kedudukan 4 Teratas dalam indeks Pelajar Antarabangsa untuk QS World University Ranking (Asia) terkini.

 

Rujukan: https://www.topuniversities.com/qs-stars

Spread the love