Mengenai Kami

Latar Belakang SEGi

Universiti dan Kolej SEGi mula beroperasi sebagai Kolej Sistematik pada tahun 1977 di tengah-tengah kawasan komersial Kuala Lumpur; institusi pendidikan ini menawarkan kelayakan profesional yang diiktiraf di seluruh dunia. Sejak itu, SEGi telah berkembang dan berjaya memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pendidikan tinggi dan kelayakan profesional di Malaysia. Dikenali sebagai salah satu penyedia pendidikan tinggi swasta terbesar di Malaysia, SEGi kini mempunyai 16,000 pelajar di lima kampus utama yang terletak di Kota Damansara, Kuala Lumpur, Subang Jaya, Pulau Pinang, dan Sarawak.

 

 

Dengan trend pasaran pekerjaan yang kini semakin kompetitif, SEGi kini menawarkan platform pembelajaran terbaru yang dikenali sebagai RISE. SEGiRISE membolehkan golongan profesional yang bekerja untuk meningkatkan kelayakan meskipun bekerja sepenuh masa dengan jadual pembelajaran yang sangat fleksibel.

VISI

SEGi akan menempatkan pendidikan berkualiti dalam jangkauan minda dan bakat semula jadi yang bersedia 

MISI

Menjadi penyedia pendidikan tinggi serantau utama dalam menawarkan program pendidikan antarabangsa yang berasaskan nilai kebolehkerjaan berkualiti tinggi dan disampaikan melalui kaedah teknologi inovatif serta teknik pembelajaran berpusatkan pelajar 

JAMINAN KAMI

Pihak berkepentingan kami memegang teguh dalam membawa pengalaman yang dijanjikan, dari iklan pemasaran ke produk dan perkhidmatan kami. 

Melahirkan Generasi Cemerlang Hari Esok

Dengan jaminan kami untuk menjadikan pendidikan yang berkualiti dapat diakses, kami komited untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk memaksimumkan potensi dalam diri anda. 

Sekiranya anda berhasrat untuk meningkatkan kecemerlangan dan kepakaran dalam bidang tertentu, kami akan membantu dalam mencapai matlamat dan impian anda. Kami menjanjikan pengalaman pembelajaran holistik yang sentiasa dikemas kini untuk melakukan perbezaan dalam diri anda.  

Kualiti, minat, semangat dan penjagaan merupakan prinsip utama dan panduan yang membuka jalan bagi pertumbuhan dan perkembangan kami. Dengan pengalaman pendidikan lebih dari empat dekad, kami kini dapat memenuhi dan menepati jaminan kami iaitu ‘The Best in You, Made Possible’. Adakah anda bersedia untuk memulakan perjalanan ini untuk melakukan kelainan bersama?

Salah satu penyedia pendidikan tinggi swasta terbesar di negara

Dengan pengalaman lebih dari 40 tahun, kami berbangga menjadi alma mater kepada ramai graduan terbaik dari pelbagai latar belakang. Selain itu, graduan kami juga kini semakin ramai menjadi peneraju industri.

Pada tahun 1977, Kumpulan Universiti SEGi (SEGi) dikenali sebagai Systematic College. Sejak itu, kami memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kelayakan akademik dan profesional yang tinggi – dan kini mampu menghasilkan pelbagai kejayaan dalam bidang akademik.

Hari ini, SEGi mempunyai bilangan pelajar yang mengagumkan; sebanyak 16,000 di lima kampus utama yang terletak di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Sarawak.

Menjadikan Minda yang Sentiasa Bersedia

Kami menyediakan pengalaman pembelajaran yang lengkap untuk melakukan yang terbaik dalam diri anda 

Membina Kepercayaan Bersama

Hubungan kami terjalin kukuh, dan disatukan sebagai SEGiansberdasarkan kepercayaan

Melakukan Perbezaan

Kami melaksanakan kelainan dan kepelbagaian serta sentiasa berusaha melakukan perbezaan dalam kehidupan individu lain

Terokai Lebih Lanjut

Hubungan Pelabur

Dasar Korporat

Industri

UCLAN

Bekerjasama dengan Universiti 3% Terbaik Bertaraf Dunia 

KEDUDUKAN QS 

Kedudukan QS Teratas Untuk Pengajaran, Kemudahan, Keunggulan & Tanggungjawab Sosial

PENGIKTIRAFAN TERTINGGI 

Universiti swasta yang berjaya merangkul enam (6) pengiktirafan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia untuk tahun penilaian 2018/2019

PENARAFAN SETARA 

Penarafan 5 bintang untuk Universiti SEGi dalam kategori ‘Emerging University’