Kempen Kesihatan Awam Fakulti Farmasi 2021

Fakulti Farmasi SEGi baru-baru ini telah berjaya merangkul ‘ANUGERAH KEMPEN KESIHATAN AWAM TERBAIK MyPSA’, yang berlangsung pada 22 Ogos 2021.

Fakulti Farmasi telah mengadakan Kempen Kesihatan Awam SEGi bertemakan Sexual & Reproductive Health Awareness – Aware and Unashamed pada 1 dan 8 Mei 2021, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Persatuan Pelajar Farmasi Malaysia (MyPSA). Jawatankuasa penganjur terdiri daripada pelajar Farmasi Tahun 1 dan Tahun 2.

Anugerah Kempen Kesihatan Awam terbaik ditentukan berdasarkan dokumentasi, aktiviti acara, persembahan, penilaian poster, responsif dan kesan kepada peserta. Kempen Kesihatan Awam SEGi turut bersaing secara sihat bersama kempen-kempen sekolah farmasi lain dari pelbagai institusi awam dan swasta, termasuk Universiti Malaya, UniKL, Universiti Cyberjaya, UIAM dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tema yang dipilih secara langsung telah berjaya meningkatkan keyakinan masyarakat dalam memecahkan stigma mengenai kesihatan seksual dan reprodutif. Kempen ini dijalankan melalui Zoom dan disiarkan di Facebook Live. Ia menjangkau hampir 5000 penonton, terutama sekali individu yang berumur 18 tahun ke atas, dengan kumpulan penonton terbesar dari kumpulan usia 35-44 tahun.

Sebelum acara berlangsung, pelbagai kegiatan dilakukan untuk mengajak lebih ramai masyarakat terlibat dalam kempen untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang topik ini. Aktiviti-aktiviti tersebut merangkumi:

  • Pertandingan Mewarna Poster Kanak-kanak
  • Cabaran Aplikasi Kesihatan: “Tingkatkan Kesihatan”
  • Kuiz infografik – Kami Mencabar Fikiran Anda

 

Aktiviti berikut dijalankan semasa kempen berlangsung:

  • Acara pengumpulan dana melakuii aktiviti penjualan barang dagangan dan bengkel seni untuk mengumpul dana bagi menampung perbelanjaan.
  • Ceramah kesihatan oleh penceramah dari pelbagai hospital untuk berkongsi pendapat dan pandangan mereka mengenai topik luas yang berkaitan dengan kesihatan seksual dan reproduktif.
  • Ceramah mengenai “Ketahui Perubatan Anda” oleh Cik Quah, seorang ahli farmasi dari Hospital Sungai Buloh.
  • Ceramah yang disasarkan untuk orang dewasa muda oleh Cik Aishah mengenai cara atasi gangguan seksual di sekolah dan tempat kerja (dengan kerjasama, SPOT dan The Body Shop).
  • Sesi Latihan di Rumah untuk mendorong penonton kekal tetap aktif.
  • Kuiz Kahoot dilakukan selepas setiap ceramah kesihatan untuk mengukur pengetahuan dan pemahaman yang diperoleh oleh para peserta.
  • Aktiviti cabutan bertuah dan hadiah untuk memberi penghargaan kepada penonton dan mendorong mereka untuk mempromosikan acara tersebut.

Ceramah pada 8 Mei oleh Dr. George Lee Eng Geap, Gleneagles Hospital Kuala Lumpur, adalah sesi langsung yang dihadiri sepanjang kempen ini.

Penonton bersikap terbuka dan berani untuk menjelaskan keraguan mereka terhadap kesihatan seksual dan reproduktif pada akhir kempen.