Pengarah Urusan Hal Ehwal Korporat & Perikatan

CHERYL CHONG POH YEE

CHERYL CHONG POH YEE

Managing Director of Corporate Affairs & Alliances

Cheryl Chong, menyertai Kumpulan pada tahun 2000 sebagai Pengawal Kewangan dan mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang perakaunan, perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan korporat. Beliau dilantik semula pada 1 Julai 2014 sebagai Ketua Pegawai Kewangan Syarikat. Sebelum bergabung dengan Kumpulan, Cheryl bekerja di sebuah syarikat utama yang disenaraikan di Malaysia sebagai Pengawal Kewangan dan di salah satu firma perakaunan antarabangsa terkemuka. Belliau adalah Akauntan Awam Bertauliah dengan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia dan Akauntan Berkanun dengan Institut Akauntan Malaysia. Beliau juga memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa) dari University of Southern Queensland, Australia.