SEGi Bawa Keunikan Masakan Malaysia Ke India

Pada 31 Ogos dan 1 September lalu, Sekolah Hospitaliti & Pelancongan, Universiti SEGi telah menghadiri program Ethnic Twist yang diadakan di Raak Institute of Hotel Management and Catering Technology di Pondicherry dan Coimbatore, India.

Program ini diadakan dengan tujuan untuk bertukar pengetahuan mengenai perbezaan budaya antara kedua-dua etnik.

Ketua Sekolah Hospitaliti & Pelancongan SEGi, Muhammad Bonnie Lopez Abdullah mempamerkan pelbagai teknik memasak dan juga berkongsi pengetahuan luas yang dimiliki beliau dalam industri ini kepada pelajar-pelajar di sana.

Raak Institute of Hotel Management & Catering Technology merupakan antara kolej terawal ditubuhkan oleh Raak Group of Educational Institutions.

        

Spread the love