Pelajar SEGi Raih Tempat Ke-3 Dalam Pertandingan Debat Executive College Debate Open

Pada 4 Mac 2023, pasukan perbahasan yang terdiri daripada tiga pelajar dan alumni SEGi telah berjaya meraih tempat ketiga dalam Executive College Debate Open dan membawa pulang hadiah wang sebanyak RM1,000. Pasukan tersebut, yang dikenali sebagai Pewaris Madani, terdiri daripada pelajar Undang-Undang SEGi iaitu Priscilla Liew Chin (Sarjana Undang-Undang), Habrie Hafeez Bin Zakaria (Diploma Undang-Undang) dan alumni SEGi iaitu Samuel Desmond Tuah. 

Ketua Pasukan dan Jurulatih menyatakan “Pasukan kami jelas kecewa kerana tidak dapat dapat ke peringkat akhir tetapi saya sangat bangga kerana kami berjaya bangkit dan memenangi perbahasan di tempat yang ketiga. Kami telah menukar peranan pendebat kami untuk membolehkan hujah kami diuraikan dengan lebih terperinci selepas menerima maklum balas penilai semasa di peringkat separuh akhir. Kami sangat bangga dan mengucapkan tahniah kepada St Joseph atas kemenangan mereka.” 

Executive College Debate Open melibatkan dua puluh empat pembahas dengan tawaran hadiah berjumlah RM5,600. Acara tersebut ditaja oleh Bintulu Port. 

Spread the love