Keperluan Mendesak Jururawat Lelaki

Keperluan Mendesak Jururawat Lelaki

6 September 2018

Tarikh: 24 September 2018

Tajuk: Keperluan Mendesak Jururawat Lelaki

Corak kerjaya banyak dipengaruhi arus perubahan semasa. Jika dalam dunia komunikasi, sempadan jarak dan masa berjaya dipecah dengan adanya rangkaian jalur lebar yang saban hari makin pantas, bidang kejururawatan juga kini sedang melalui satu gelombang positif dengan kehadiran jururawat lelaki.

 

Ada mitos yang mendominasi tanggapan umum terhadap kerjaya jururawat iaitu kerjaya ini merupakan suatu bidang untuk kaum wanita sahaja. Hari Jururawat Sedunia yang jatuh pada 12 Mei mengangkat Florence Nightingale, tokoh jururawat wanita terkemuka dalam sejarah, tetapi ini tidak bermakna bidang kejururawatan eksklusif bagi kaum wanita sahaja. Isu kekurangan jururawat lelaki ini bermula dari institusi pendidikan lagi di mana kekurangan pelajar lelaki ialah suatu fakta yang jelas.  Walaupun ia bukan isu yang baru, pandangan mengenai posisi kaum lelaki dalam bidang kejururawatan perlu dikupaskan dari perspektif masa kini.

 

Persepsi Kejururawatan Masa Kini Di SEGi

SEGi juga tidak bebas daripada isu yang sama. Dr Veronica Chua, Ketua Akademik Sekolah Kejururawatan dan Sains Kesihatan Bersekutu di Kolej SEGi Kuala Lumpur mengulas, “Situasi kekurangan jururawat lelaki tidak pernah berubah di Malaysia mahupun di luar Negara. Mereka masih merupakan kelompok kecil daripada keseluruhan tenaga kerja dalam bidang kejururawatan ini.”

 

Statistik pelajar lelaki untuk dua program kejururawatan yang ditawarkan di Kolej SEGi Kuala Lumpur iaitu Diploma Kejururawatan dan Ijazah Sarjana Muda Latihan Profesional Kejururawatan menunjukkan jumlah yang rendah iaitu hampir 5 peratus bagi program diploma dan 21 peratus bagi program ijazah.

 

Menurut Ketua Program Ijazah Kejururawatan di Kolej SEGi ini, Paramesevary L. Subramaniam, perbezaan ketara jumlah pelajar lelaki dan perempuan ini tidak pernah dinafikan. Walau bagaimanapun, beliau percaya jumlah itu tidak lagi memberikan gambaran negatif kerana kini potensi untuk peratusan itu bertambah di masa hadapan memang ada. Keyakinan ini berdasarkan permintaan industri terhadap jururawat lelaki yang semakin meningkat dan program-program kejururawatan yang berkualiti di SEGi direka sesuai buat semua pelajar, lelaki mahupun perempuan.

 

“Jumlah pelajar berdasarkan jantina bukan suatu fokus utama bagi kami di SEGi. Objektif utama kami ialah mempersiapkan semua pelajar program ini dengan kemahiran dan kesediaan tertinggi tanpa membezakan graduan,” katanya.

 

Selain itu, beliau turut berkongsi lebih lanjut mengenai gambaran realiti bagi pelajar lelaki program kejururawatan, “Mereka tidak terkesan dengan faktor kekurangan ini kerana mereka dapat menikmati setiap susunan program yang ada sama dengan pelajar perempuan. Pelajar lelaki kami lebih berkobar-kobar mengikuti program ini kerana mereka tahu tentang kelebihan menjadi jururawat lelaki di negara ini.

 

Kenyataan ini selari dengan objektif penubuhan Sekolah Kejururawatan dan Sains Kesihatan Bersekutu di Universiti dan Kolej SEGi iaitu untuk memenuhi keperluan semasa industri, justeru itu jururawat lelaki sentiasa diberikan keutamaan.

 

 

Kelebihan Jururawat Lelaki Menjadikan Profesyen Ini untuk Semua

Testimoni pelajar tahun tiga program Diploma Kejururawatan di Kolej SEGi Kuala Lumpur, Che Muhammad Firdaus Bin Che Zarani dapat memberikan butiran yang lebih lanjut mengenai posisi kaum lelaki dalam industri ini.

 

Pengalaman menjadi pelajar program kejururawatan membuka mata pelajar ini kepada realiti sebenar yang program ini bukanlah mudah dan program ini direka meliputi semua tidak mengira jantina. Firdaus berkata beliau tidak tahu apa punca sebenar kekurangan pelajar lelaki tetapi beliau bersetuju bahawa jururawat lelaki amat penting dalam memberikan bantuan fizikal yang lebih berbanding jururawat perempuan dalam situasi sebenar di hospital.

 

“Menurut pemerhatian saya, program diploma ini bukanlah semudah yang disangka umum. Ia kompetitif dan komprehensif. Saya banyak diberikan pendedahan industri terutama dengan praktikal yang diwajibkan bagi setiap semester di hospital kerajaan. Lokasi Kolej SEGi Kuala Lumpur juga merupakan antara aspek penting ketika saya memilih untuk mengambil jurusan ini” kata Firdaus. Keinginan dan kegigihan pelajar ini ialah suatu inspirasi untuk semua terutama bagi mereka yang sedang merancang untuk mengambil jurusan kejururawatan. Kesanggupan beliau meninggalkan kampung halaman di Kelantan semata-mata untuk mengikuti program diploma kejururawatan di SEGi amat dikagumi.

 

 

Kelebihan Program Kejururawatan SEGi

Selain daripada yang telah dikongsikan, program kejururawatan SEGi yang ditawarkan memberikan opsyen kepada pelajar untuk mengembangkan kerjaya di hospital swasta atau kerajaan. Program ini turut memberikan peluang kepada pelajar dengan perkongsian daripada penasihat-penasihat dari industri ini sendiri. Pembelajaran dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, sekaligus memperkayakan pelajar dengan daya saing yang diperlukan diperingkat global.

 

SEGi memastikan pengalaman pembelajaran yang berkualiti melalui penyampaian ilmu pengetahuan dan pendedahan dalam bentuk latihan praktikal oleh ahli-ahli akademik berpengalaman dan berdedikasi.

 

Kelebihan program diploma dan ijazah yang ditawarkan tidak sepatutnya dinilai melalui debat jumlah pelajar lelaki. Kesamarataan ialah suatu aspek yang perlu diambil kira jika isu kekurangan jururawat lelaki ini dipolitikkan lagi. Kini, dunia akan sentiasa berpeluang memerhatikan kaum lelaki berusaha sama kuat dengan kaum wanita dalam mencapai kerjaya yang mulia dalam industri ini.

 

Sesi pengambilan pelajar baru

SEGi juga menawarkan program-program lain seperti Diploma Kesihatan Alam Sekitar, Diploma Pengurusan Penjagaan Kesihatan dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan. Sesi pengambilan pelajar baru sedang dijalankan. Lepasan SPM/STPM/UEC atau kelayakan akademik yang setaraf boleh memohon biasiswa yang ditawarkan oleh SEGi termasuk Biasiswa Pelajar Cemerlang dan Biasiswa Sukan.

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi - Kolej SEGi Kuala Lumpur (03 2070 2078 atau 012 988 9627, Kolej SEGi Pulau Pinang (04-2633888 or 013-629 4880), dan Kolej SEGi Sarawak (082 252566 atau 017 859 2566), atau layari https://www.segi.edu.my/

 

 

Kapsyen 1: Dr Veronica Chua, Ketua Akademik Sekolah Kejururawatan dan Sains Kesihatan Bersekutu di Kolej SEGi Kuala Lumpur

 

Kapsyen 2: “Memasuki tahun ketiga program Diploma Kejururawatan SEGi memberikan saya suatu kepuasan yang tidak tergambar dengan kata-kata. Sebagai pelajar lelaki, saya tidak pernah berasa kekurangan atas apa jua sebab kerana program ini sesuai untuk semua dan bukan mengikut jantina. Kehadiran saya di SEGi Kuala Lumpur membuktikan di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Saya telah jumpa destinasi masa hadapan saya melalui SEGi.”  Che Muhammad Firdaus Bin Che Zarani 

 

 

< Back