Usahasama rakan strategik membuahkan hasil dalam industri hospitaliti

Kolej SEGi Subang Jaya menganjurkan program perbincagan informatif dalam membina kerjaya dalam hotel dan resort industri dengan usahasama dari Resort World Genting (RWG).

Acara ini bermula dengan ucapan pembukaan kata dari Harley, Pengurus Sumber Manusia, RWG. Menurut beliau sektor pelancongan di RWG merangsang pertumbuhan dan memacu pemulihan industri pelancongan domestik di Malaysia adalah pesat dengan membangun dengan kepelbagaian fasiliti.

Dalam ucapan oleh Penolong Pengurus RWG, memberi pendedahan terhadap landskap pekerjaan di RWG dapat membantu mereka dalam progres kerjaya mereka dan penyatuaan sesuatu pekerjaan.

Menurut beliau, bagi sesiapa yang tidak mempunyai sijil pelajaran akademik dalam industry pelancongan dan penghotelan, mereka perlu bermula dari peringkat awal.

Resort World Genting menawarkan beberapa kemudan kepada graduan yang mahu bekerja dengan mereka di antaranya adalah :

Kemudahan tempat tinggal.

Perubatan percuma.

Akses kepada fasiliti staf.

Pakaian seragam disediakan.

Dobi layanan sendiri.

Progres perkembangaan kerjaya.

Latihan diberikan.

Anugerah perkhidmatan paling panjang.

Elaun pekerjaan syif malam.

Caruman kepada EPF, SOCSO dan EIS.

Imbuhan cuti umum dan bayaran lebih masa.

Dengan adanya daya tarikkan ini, ia menjadikan RWG memupuk minat dan memberangsangkan perkerja untuk menghargai pengalaman berkerja.

Kolej SEGi Subang Jaya dan RWG membuka peluang kepada para pelajar untuk melanjutkan latihan amali mereka di Singapura. Kolej SEGi telah memudahkan proses dalam pengambilan pelajar termasuk Sijil, Diploma dan Ijazah untuk memulakan latihan amali di Singapura. Latihan amali ini dapat memperluaskan pengalam mereka di dalam kepelbagaian jabatan.

Menurut statistic daripada Sektor Pelancongan Singapura, sebanyak 12-14 juta pelancong datang untuk melancong di Singapura. Dengan pengumpulan data ini, ekonomi setempat dapat membangun dengan adanya hotel terkemuka, restoran makanan mewah, dan taman tema reakreasi untuk latihan amali kepada pelajar. Bagi pelajar tempatan, mereka menerima elaun sebanyak SGD 650 termasuk dengan kemudahan tempat tinggal, elaun makanan dan kos perubatan.

Kolej SEGi Subang Jaya merasa sangat bangga dan yakin dengan adanya kerjasama ini, ia dapat memberikan terbaik kepada para pelajar untuk menerokai dan menambahkan pengalaman yang luas. Kolej SEGi Subang Jaya yakin dengan koloborasi ini para pelajar dapat menerima pembelajaran yang terbaik dan latihan amali dalam dunia pelancongan dan perhotelan.

Spread the love