Perintah Kawalan Pergerakan yang diperketatkan(EMCO) dilaksanakan di Selangor dan Kuala Lumpur

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan Enhanced Movement Control Order (EMCO) yang dikenakan ke atas 34 mukim di lapan daerah di Selangor yang berakhir pada 16 Julai 2021. Selangor kini kembali di bawah Fasa Pertama Rancangan Pemulihan Nasional (NRP) .

Universiti & Kolej SEGi akan meneruskan semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian kecuali pelajar yang perlu hadir secara fizikal di fakulti atau memerlukan peralatan khas untuk menjalankan penyelidikan. Pelajar mesti berkomunikasi secara langsung dengan ahli fakulti mengenai kelas, peperiksaan, penyelidikan, dan aktiviti akademik yang lain.

Semua pegawai operasi dan pengurusan Universiti & Kolej SEGi harus merujuk kepada Ketua Jabatan masing-masing dan menghubungi pejabat Pengurusan Sumber Manusia (HRM) untuk mendapatkan penjelasan mengenai pengaturan kerja dan rancangan kesinambungan operasi perniagaan.

Bagi pelajar dan pekerja yang akan berada di pejabat atau di kampus diwajibkan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Universiti & Kolej SEGi menghargai keselamatan dan kesihatan anda, dan kami berharap agar semua pihak sentiasa kekal selamat dan sihat.

Pengurusan Universiti & Kolej SEGi

Spread the love