Penghormatan guru inspirasi kami

Jika masih ada yang beranggapan kerjaya guru mudah dan selesa, kenyataan itu harus dinilai kembali kerana hakikatnya pelbagai cabaran perlu dilalui bagi mereka yang bergelar pendidik. Betemakan Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI pada tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysaia (KPM) berharap dapat menjadi titik tolak kepada kemajuan dunia pendidikan pada masa ini dan pada masa hadapan.

Kolej SEGi Sarawak menganjurkan sambutan Hari Guru untuk meluahkan rasa berterima kasih dan penghargaan kepada warga pensyarah. Acara ini diadakan pada 7 Jun 2023 di kampus.

Sambutan Hari Guru ini mencipta memori indah yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh warga pensyarah yang hadir. Mereka menghayati dan berasa sangat terharu sempena sambutan ini. Seluruh pensyarah dari pelbagai fakulti merayakan sambutan ini dengan meriahnya.

 

 

Spread the love