Pelajar SEGi santuni anak yatim

Pelajar jurusan IT dari Universiti SEGi telah menganjurkan lawatan ke Rumah Cahaya Kasih Kota Damansara. Tujuan lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada para pelajar mengenai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.Selaras dengan itu, Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Universiti iaitu SDG 2: Sifar Kelaparan di mana rangka kerja global yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mencapai pembangunan lestari di seluruh dunia. Setiap matlamat mengandungi beberapa sasaran yang lebih khusus dan menyeluruh, yang dirancang untuk mencapai kemajuan dalam bidang tertentu dan memberikan impak positif terhadap masyarakat

Sebanyak lima belas pelajar telah melawat dua puluh orang anak-anak yatim dan tiga orang pensyarah di rumah anak yatim tersebut.Mereka juga membawa sumbangan seperti beras, minyak masak, dan makanan tin sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk mengatasi masalah kelaparan. Sumbangan ini adalah ikhlas daripada pelajar dan kakitangan SEGi Universiti. Melalui lawatan ini, bukan sahaja dapat menimba pengalaman kepada semua pelajar tetapi dapat membuka minda kepada masyarkat agar sama-sama memberi perhatian dan sokongan moral kepada anak yatim.

Spread the love