Pelajar Kejuruteraan & Seni Bina Segi Menangi Tempat Ke-6 Dalam Pertandingan Infografik IPOSC 2022

Pelajar Fakulti Kejuruteraan, Alam Bina, & Teknologi Maklumat (FOEBEIT) SEGi berjaya mendapat tempat keenam daripada 10 dalam Pertandingan Infografik Persidangan Kelestarian Minyak Sawit Antarabangsa (IPOSC) 2022.

Pengajur persidangan, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) telah menerima sebanyak 89 penyertaan membabitkan 192 pelajar daripada 38 jabatan oleh 30 buah universiti.

Berdasarkan tema pertandingan, pasukan yang terdiri daripada pelajar Tengku Regina Marsya Binti Tengku Murad, Eshwarr G Sivakumar dan Tan Wai Hong telah menghasilkan sebuah poster yang menunjukkan bagaimana kemajuan teknologi dalam industri minyak sawit bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti tetapi juga dapat memenuhi keperluan populasi semasa dan menyumbang ke arah pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Anugerah tersebut telah disampaikan pada 13 September 2022 di InterContinental Hotel Kuala Lumpur.

Syabas diucapkan kepada pasukan!

  

 

Spread the love