Pelajar Fakulti Perubatan SEGi Berjaya Rangkul Tempat Kedua The Intervarsity Medic Olymp

Fakulti Perubatan SEGi baru-baru ini telah menghantar sepasukan pelajar untuk menyertai The Intervarsity Medic Olympiad (IVMO) 2022.

Pasukan ini terdiri daripada pelajar Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan SEGi (MBBS) yang diketuai oleh Mckenzie Len Yan Bo, bersama pelajar lain, Ooi Zhanwei, Ong Xiu Wen, Sinchana Anand Tengginaamani dan Liew Zi Wei, diselaraskan oleh Dr Chai Jen Wai. Acara ini diadakan secara dalam talian pada 28 Mei 2022.

Bagi acara berkumpulan, SEGi tidak berjaya mara ke peringkat separuh akhir, walau bagaimanapun, Ooi berjaya meraih tempat kedua dalam acara individu. Syabas diucapkan!

Ooi mengalahkan peserta Kategori Individu lain dari Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA dan Kolej Universiti Manipal Melaka.

Menurut Ooi, pendaftaran untuk menyertai acara itu telah dibuat sebelum cuti Hari Raya dan latihan untuk persediaan pula dimulakan selepas cuti.

“Bulan itu cukup mencabar kerana kami perlu meluangkan beberapa jam tambahan untuk mempelajari [sendiri] topik baharu yang masih belum dipelajari [di dalam kelas]. Kami bernasib baik kerana pensyarah mencuba yang terbaik untuk memastikan perkara yang dipelajari bukan sahaja padat tetapi juga mudah difahami,” ujar Ooi.

MBBS Universiti SEGi merupakan salah satu program yang menerima permintaan tinggi. Melalui program ini, para pelajar akan didedahkan kepada modul pembelajaran yang komprehensif, persekitaran hospital sebenar, kemudahan makmal dan akses kepada Peperiksaan Pelesenan Perubatan AS.

SEGi menjanjikan yang terbaik bagi program MBBS yang ditawarkan untuk melahirkan generasi pengamal perubatan profesional yang berdaya saing. Ketahui lebih lanjut dengan melayari segi.edu.my

Spread the love