Maestro SEGi di mata dunia

Anda mungkin pernah membaca mengenai pensyarah muzik kanan SEGi College Subang Jaya, Yii Kah Hoe yang telah menjulang nama negara kita dengan menjadi warga Fulbright Scholar in Residence Amerika ketiga. 

 

Berikut adalah perkembangan terkini perjalanan beliau di Amerika. Di Washington State University, Yii mengajar kelas komposisi mingguan untuk 7 orang pelajar yang terdiri daripada 1 PhD, 4 Master, dan 2 pelajar ijazah. 

 Pada masa yang sama, beliau juga mengadakan bengkel dan pembentangan di Full Convocation setiap dua minggu sekali kepada semua ahli fakulti dan semua pelajar dari sekolah muzik. 

Yii berada di Amerika untuk tempoh dua semester sebagai Fulbright Scholar. Beliau telah memamerkan kebolehan pengajaran dan penyelidikan di universiti tersebut dan akan mempersembahkan karya-karya komposisinya di Amerika, termasuk lima konsert yang akan datang di Pullman di bawah namanya, serta dinamakan sebagai penggubah unggul untuk sebuah festival muzik di Pullman. 

Selain daripada jadual sibuknya di Amerika, Yii akan terus mengawasi dan membimbing pelajar muzik SEGi, terutama kumpulan komposisi. 

 Di SEGi, anda belajar daripada yang terbaik, dan kami mengucapkan segala yang terbaik kepada Yii! 

Spread the love