Timbalan Naib Canselor, Universiti SEGi

PROF. DR. SRIKUMAR CHAKRAVARTHI

PROF. DR. SRIKUMAR CHAKRAVARTHI

Timbalan Naib Canselor, Universiti SEGi

Dr Srikumar ialah seorang Profesor Perubatan yang telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan dalam kepemimpinan akademik dan bahagian pentadbiran penyelidikan selama lebih daripada 25 tahun. Sebelum menyertai SEGi, Dr Srikumar pernah berkhidmat sebagai Pengarah Penyelidikan, Inovasi, Perusahaan dan Pengajian Siswazah di MAHSA University, Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Perubatan, Perdana University, dan Dekan Sains Perubatan di International Medical University. Selain seorang pendidik, beliau juga memegang jawatan kepemimpinan bahagian pentadbiran dalam pembangunan perniagaan, pengambilan pelajar, penjanaan pendapatan komersial, dan spinoff pendidikan.

Dr Srikumar turut dikenali sebagai seorang penyelidik yang berdedikasi dan kompeten. Beliau memiliki hampir 250 kertas kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal kajian semula setara (peer-review) antarabangsa terindeks, dengan 34 H-indeks, 101 indeks i10 dan bilangan pemetikan >5200. Beliau telah menerbitkan artikel jurnal dalam The New England Journal of Medicine, jurnal perubatan nombor 1 dunia, dengan faktor impak setinggi 98.55. Dr Srikumar turut membabitkan diri dalam pelbagai projek geran penyelidikan nasional dan antarabangsa.

Kejayaan yang dicapai termasuklah dalam penjanaan pendapatan komersial, paten, inovasi dan ciptaan. Beliau memainkan peranan yang penting dalam ciptaan dan paten yang merangkumi bidang bioteknologi, kecerdasan buatan (AI), agroteknologi, akuaponik, hidroponik, aplikasi telefon pintar, perubatan, penjagaan kesihatan, pendidikan maya dan platform diagnostik.

Selama terlibat dalam industri pendidikan, Dr Srikumar telah menerima pelbagai anugerah seperti Academic Brilliance Awards 2013 for Excellence in Research, Venus International Medical Award 2018 for Excellence in Pathology, Brand Laureate Award for Brand Leadership 2018, The Outstanding Scientist Award 2019, Ron Harden Award for Innovation in Medical Education 2009, Malaysia’s Visionary Education Leader 2021 dan Outstanding Leader in Healthcare Sector 2022.