Vice Chancellor, SEGi University

Prof ChM Dr Teh Geok Bee FASc

Prof ChM Dr Teh Geok Bee FASc

Naib Canselor, Universiti SEGi

Naib Canselor Universiti SEGi, Prof. ChM Dr. Teh Geok Bee FASc, memainkan peranan sebagai pemimpin yang berkaliber dengan latar belakang pendidikan yang cemerlang. Beliau menamatkan pengajian dengan Kepujian Kelas Pertama daripada Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum melanjutkan pengajian di University of Cambridge, United Kingdom.

Di University of Cambridge, beliau memperoleh Sarjana Falsafah (MPhil) pada tahun 1998 & Doktor Falsafah (PhD) pada tahun 2000 dalam bidang Kimia di bawah tajaan Cambridge Malaysia Chevening dan Cambridge Commonwealth Trust Scholarships.

Selain mempamerkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kebolehan kepimpinan Dr. Teh juga dapat dilihat dengan jelas. Sebagai Jurulatih HRD Corp yang bertauliah, beliau telah mengendalikan kursus profesional di Pusat Profesional Institut Kimia Malaysia (IKM) dengan baik. Seterusnya, penyelidikan beliau berkaitan sintesis dan pencirian nanopartikel magnetik telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, sekaligus menyerlahkan keupayaan beliau untuk mengintegrasikan kepakaran teori dengan aplikasi dunia sebenar.

Sejak 2011, Dr. Teh telah berkhidmat sebagai Penilai Teknikal SAMM untuk ISO/IEC 17025 dengan Jabatan Standard Malaysia. Sumbangan beliau termasuk memainkan peranan sebagai Ahli Majlis di IKM, perwakilan institusi dalam Kumpulan Kerja 3 ISO/TC 229, dan terlibat aktif dalam Kumpulan Jawatankuasa Standard ISC B dan ISC Y, meninggalkan pengaruh yang signifikan terhadap rangka kerja standard dalam bidang nanoteknologi.

Penglibatan beliau dalam dunia kepimpinan telah memberikan impak yang besar di mana beliau mempamerkan kecekapan untuk menguruskan institusi yang kompleks. Selaku ahli Felow Cambridge Commonwealth Society, IKM dan Akademi Sains Malaysia, beliau menggunakan keupayaan intelek dan kepakaran yang dimiliki untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Naib Canselor SEGi University dengan cemerlang. Di bawah kepimpinannya, SEGi University mengejar pembaharuan, inovasi dan kecemerlangan akademik secara konsisten.