Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas

EDWIN FUA CHYE JIN

EDWIN FUA CHYE JIN

Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas

Edwin Fua dilantik ke Lembaga pada 26 Februari 2015.

Edwin Fua, adalah Rakan Niaga dan ahli Jawatankuasa Pelaburan Navis Asia Funds (“Navis”). Beliau bergabung dengan Navis pada tahun 2006 dan dalam 15 tahun terakhir, beliau terlibat dalam menilai pelaburan di seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina dan Australia. Beliau mempunyai pengalaman pelaburan yang merangkumi sektor pengguna, peruncitan, pembuatan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan persaraan dan beliau juga duduk dan bekerja rapat dengan Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutif beberapa syarikat portfolio Navis.

Sebelum bergabung dengan Navis, Edwin Fua telah terlibat dalam penyelidikan pelaburan, analisis kewangan dan audit dengan JP Morgan Chase & Co. dan di PricewaterhouseCoopers. Edwin Fua dibesarkan di Malaysia dan mendapat pendidikan di Malaysia dan Australia. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Perakaunan & Kewangan) dari Universiti Monash, beliau merupakan akauntan berkelayakan dengan Institut Akauntan Malaysia dan sebelum ini adalah pemegang piagam Penganalisis Kewangan Berkanun.

Edwin Fua adalah ahli Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Pencalonan, Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Jawatankuasa Eksekutif dan Jawatankuasa Pelan Insentif Jangka Panjang Syarikat. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kelestarian. Beliau kini memimpin Jawatankuasa Pematuhan ABAC untuk melaksanakan kerangka pematuhan untuk Kumpulan. Beliau tidak memegang jawatan pengarah lain di syarikat awam.