APEL.Q Academic Buffet 2021 USP-Health Science

Carian Program

44 Tahun

sebagai penyedia pendidikan tinggi negara

485,000

alumni di seluruh dunia

300 Graduan

Kepujian Kelas Pertama setiap tahun

20,000 pelajar

di semua kampus

Pendidikan Bertaraf Dunia
Jalan Lebih Pantas
Komprehensif dan Seimbang

Pendidikan Bertaraf Dunia

SEGi menawarkan peluang pendidikan bertaraf dunia sejajar dengan misi kami untuk menjadi penyedia pendidikan tinggi serantau utama yang menawarkan program antarabangsa yang berkualiti tinggi dan disampaikan melalui teknologi yang berinovatif. Universiti & Kolej SEGi berjaya merangkul enam pengiktirafan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM) Malaysia bagi tahun 2018/2019: SETARA 2018/2019 penarafan 5 bintang untuk Universiti SEGi bagi kategori Emerging University (Universiti yang telah ditubuhkan dalam tempoh 15  tahun)  dan penilaian 6-Bintang untuk MyQuest 2018/2019 untuk empat Kolej SEGi (Subang Jaya, Kota Damansara, Pulau Pinang dan Kuching). Dengan pengiktirafan ini, menjadikan SEGi sebuah universiti pertama yang mendapat pengiktirafan tertinggi kerana mengutamakan keperluan masyarakat di Malaysia. Selain itu, Universiti SEGi juga muncul dalam kedudukan 45% teratas dalam 2021 QS World University Rankings: Asia.

 

Jalan lebih pantas

Setiap program asasi dilengkapi dengan kelebihan yang tersendiri. Walaupun pengajian di peringkat diploma dan pra-universiti mampu mempersiapkan anda untuk memulakan perjalanan ijazah anda, dengan mendaftarkan diri dalam program Pra-U anda dapat menyelesaikan pengajian dalam tempoh 12 atau 24 bulan berbanding dengan program diploma, A-Levels dan STPM yang mengambil masa 2-3 tahun. SEGi bukan sahaja mempunyai rangkaian yang baik di dalam negara, tetapi juga di peringkat global. Hubungan dan kerjasama dengan pihak industri akan memberi anda akses kepada lebih dari 1,000 syarikat di seluruh dunia.

Komprehensif dan Seimbang

Di SEGi, minat pelajar sentiasa menjadi keutamaan kami. Selain sokongan akademik yang komprehensif di luar kelas, pelajar juga mendapat akses ke program pengayaan, latihan kemahiran insaniah, mentor dan kehidupan kampus menarik yang mempromosikan keseimbangan dalam kehidupan-belajar, aktiviti, dan kemudahan yang berpusatkan pelajar.