Kami Telah Berpindah: Permulaan Era Baharu di Edumetro, USJ 1

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa SEGi College Subang Jaya kini telah dipindahkan secara rasmi ke KAMPUS BAHARU di Edumetro, USJ 1 bermula 28 Februari 2024!

Perpindahan ini bukan hanya akan menawarkan suasana baharu tetapi juga satu langkah besar ke hadapan yang menunjukkan komitmen berbentuk fizikal SEGi ke arah kecemerlangan pendidikan. Kampus baharu ini akan menjadi hab inklusif kepada 4,500 pelajar daripada pelbagai latar belakang, untuk bersatu dan memajukan diri bersama-sama. 

Alamat kampus baharu kami adalah seperti yang berikut:

SEGi College Subang Jaya
Menara A, Edumetro,
Persiaran Subang Permai,
USJ 1, 47500 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia.

Untuk perjalanan yang lancar ke lokasi ini, klik [di sini] bagi mendapatkan panduan navigasi Google Maps.

Era Baharu Pembelajaran di Subang Jaya

Hanya beberapa langkah sahaja dari kampus kami sebelum ini, dalam jarak 2 km, terletaknya bangunan baharu SEGi berkeluasan 200,000 kaki persegi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pembelajaran berteknologi terkini. Selain fasiliti akademik standard,  kami turut berusaha untuk membangkitkan semangat inovasi dan kerjasama dalam kalangan pelajar dengan menyediakan makmal e-sukan kontemporari, ruang santai yang selesa, auditorium yang canggih dan pusat beli-belah yang versatil.

Kebolehcapaian dan Kemudahan 

Terletak di lokasi yang strategik, kampus baharu kami mudah untuk diakses melalui Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS). Kampus juga terhubung dengan baik ke seluruh Lembah Klang melalui pengangkutan awam seperti bas Rapid KL, LRT, MRT dan KTM.

Hubungi Kami

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai segala yang ditawarkan di kampus baharu SEGi, jangan ragu untuk menghubungi kami di talian 603-8600 1777 atau hantarkan mesej WhatsApp ke 6010-313 0303.

Ini bukanlah sekadar satu peralihan lokasi, tetapi juga satu langkah ke arah merealisasikan visi kami di SEGi College Subang Jaya iaitu untuk menyediakan pengalaman pendidikan yang inovatif, inklusif dan memberi inspirasi kepada para pelajar. Kampus baharu kami di Edumetro berdiri sebagai lambang visi ini, menjanjikan pengalaman pembelajaran yang dapat menyemarakkan semangat penerokaan dan memberikan keseronokan. Selamat datang ke dunia pendidikan alaf baharu!

Spread the love