Juara Futsal National Dental Intervarsity Games 2022 – Pasukan Futsal Pergigian SEGi

Pasukan Futsal Fakulti Pergigian SEGi berjaya merangkul kejuaraan dalam pertandingan futsal National Dental Intervarsity Games 2022 yang diadakan pada 18 dan 19 Jun lalu di gelanggang futsal Universiti MAHSA, kampus Bandar Saujana Putra, Selangor.

Pasukan futsal itu dianggotai oleh 13 pelajar fakulti pergigian SEGi daripada Tahun 1 hingga 5. Pasukan ini terdiri daripada kapten, Ashvin A/L Sivakumar dan ahli pasukan Nantha Kumar A/L Udaya Surian, Muhammad Aqil Khairuddin, Lohendran A/L Balachandran, Reveen Thiagarajah, Ibrahim Magdi Ahmed Mahdi, Bassam Obied, Abdirahman Yussuf, Mohammed Zaid Umarji serta Usama Ahmed Omar.

Dekan Fakulti Pergigian SEGi, Prof. Dr Ahmad Termizi Zamzuri turut hadir untuk memberikan sokongan dan semangat kepada wakil SEGi dalam perlawanan ini.

Pasukan Futsal Pergigian SEGi telah bertungkus-lumus selama dua bulan untuk melakukan persediaan perlawanan dalam kesibukan akademik. Usaha ini ternyata membuahkan hasil apabila pasukan berjaya mengalahkan pihak lawan dan mara ke separuh akhir.

Dalam perlawanan separuh akhir, pasukan SEGi berjaya menewaskan Universiti MAHSA dengan skor 5-1, sekali gus mengukuhkan kedudukan untuk mara ke pusingan akhir bagi menentang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

 

Pada perlawanan akhir yang sengit antara kedua-dua universiti, pasukan Futsal Pergigian SEGi berjaya melakukan jaringan 2-0 dan membawa pulang trofi kemenangan. Syabas diucapkan kepada pasukan Futsal Pergigian SEGi!

Spread the love