FAKTA UTAMA MENGENAI VAKSIN COVID-19

Kajian pembangunan vaksin COVID-19 yang selamat dan berkesan adalah langkah penting dalam sektor penjagaan kesihatan global. Semua vaksin telah diperiksa melalui satu set ujian klinikal untuk menguji kualiti, keselamatan dan keberkesanannya. Sebagai salah satu langkah intervensi, vaksin sangat penting bagi aspek keselamatan orang ramai.

Walaubagaimanapun, hal ini mungkin menimbulkan ketidakpastian dan keraguan di kalangan segelintir masyarakat. Bagaimana vaksin ini berfungsi? Adakah ia berfungsi melawan virus dan bakteria? Adakah vaksin ini 100% berkesan? Vaksin mana yang harus dipertimbangkan? Ini merupakan persoalan yang sering bermain di minda setiap pihak.

Walaupun usaha pemberian COVID-19 besar-besaran berlaku di seluruh dunia, masyarakat masih keliru tentang bagaimana ia berfungsi. Pelbagai  informasi yang salah dan negatif tersebar mengenai vaksin dan perkembangannya. Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa membuat kajian dan mencari sumber yang dipercayai untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

Berikut adalah siri infografik dengan fakta dan pandangan penting mengenai vaksin COVID-19.

,v

Spread the love