Anugerah Kecemerlangan Asasi Ogos 2021

Pusat Pengajian Pra-Universiti, Universiti SEGi  dan Perkhidmatan Kaunseling Hal Ehwal Pelajar telah bersama-sama menganjurkan dan mengadakan majlis Anugerah Kecemerlangan Asasi secara maya pada 4 Ogos 2021 lalu.

Majlis anugerah ini dianjurkan tiga kali setahun untuk memberi penghargaan kepada para pelajar di atas pencapaian akademik mereka. Namun, disebabkan pandemik yang melanda seluruh dunia, acara tersebut tidak dapat dianjurkan secara fizikal. Untuk tidak mengecewakan pelajar, SEGi menganjurkan majlis Anugerah Kecemerlangan Asasi menggunakan persembahan video yang dirakam terlebih dahulu.

Rakaman video tersebut dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Dr Chiong Kai Shing, Ketua Pusat Pengajian Pra-Universiti, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Prof Azrin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar.

Terdapat 30 pelajar yang berjaya dalam Program Asasi Seni, 18 yang berjaya dari Program Asasi Sains dan 5 penghargaan kepada wakil kelas. Tahniah kepada semua graduan program asasi! Kami berharap anda memulakan perjalanan ijazah sebagai SEGians. Diaharapkan agar pandemik ini segera berakhir dan kita akan bertemu secara fizikal untuk menceriakan suasana kampus ini!

Spread the love