50 Teratas Di UK: University Of Sunderland

Tahniah diucapkan kepada University of Sunderland kerana berjaya mendapat tempat ke-50 berbanding kedudukan ke-92 tahun lalu dalam Guardian University Guide 2023, satu pencapaian yang membanggakan!

University of Sunderland juga menerima banyak pengiktirafan lain seperti Universiti Terbaik oleh Times Higher Education Awards pada tahun 2021 dan Universiti Terbaik dalam perangkuman sosial oleh The Times dan Sunday Times Good University Guide 2021.

Penilaian oleh Guardian University Guide 2023 dibuat berdasarkan perkara yang penting bagi para pelajar seperti kualiti pengajaran dan prospek kerjaya. Kriteria lain yang turut dilihat adalah tahap kepuasan pelajar, saiz kelas berdasarkan nisbah pelajar kepada kakitangan dan sebagainya. Dalam penilaian ini, kedudukan universiti terbahagi kepada sembilan kategori berbeza dengan skor keseluruhan 100 peratus.

Berdasarkan tinjauan, 76.7 peratus daripada pelajarnya berpuas hati dengan kursus yang ditawarkan, 80.8 peratus berpuas hati dengan kualiti pengajaran, 73.4 peratus puas dengan maklum balas yang diterima, dan 15.9 peratus puas dengan nisbah pelajar kepada kakitangan. Sementara itu, dari segi prospek kerjaya, 71 peratus siswazahnya berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas pengajian tamat.

Naib Canselor dan Ketua Eksekutifnya, Sir David Bell, berkata, “‘’Meja liga’ universiti hanyalah satu ukuran kerja yang dilakukan di University of Sunderland. Walau bagaimanapun, peningkatan [kedudukan] yang dramatik dalam Guardian University Guide ini merupakan detik yang penting untuk kami. Oleh itu, saya memberi penghormatan kepada pelajar dan kakitangan atas kerja keras mereka, yang kami lihat dan raikan, hari demi hari.”

Kerjasama antara University of Sunderland dan SEGi merupakan antara yang paling lama terjalin. Melalui kerjasama ini, kami dapat menawarkan pelbagai program ijazah seperti kejuruteraan, perniagaan, hospitaliti dan juga program yang menerima permintaan tinggi, program sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) daripada University of Sunderland.

Di SEGi, kami sentiasa berusaha untuk menyuntik idea inovatif bagi meningkatkan kualiti produk dan pendidikan demi manfaat pelajar. Ini dibuktikan melalui penawaran program MBA University of Sunderland yang  hanya mengambil masa selama 12 bulan untuk diselesaikan, menjadikannya antara yang terpantas dalam industri. Sukatan pelajarannya dikemaskini berdasarkan keperluan industri. Selain itu, untuk memberikan lebih fleksibiliti kepada para pelajar, program ini dijalankan berasaskan tugasan sepenuhnya.

Spread the love