Jabatan Pembangunan Kemahiran

Pendaftaran anda di Pusat Latihan Vokasional Kolej Segi Sarawak membawa anda maju selangkah menuju kerjaya yang cemerlang. Kursus-kursus vokasional yang ditawarkan bukan sahaja membantu anda melengkapkan diri dengan kemahiran bahkan turut menjadi batu loncatan bagi anda untuk memperoleh tahap pendidikan yang lebih tinggi.

Program-program yang ditawarkan adalah:-

A. Mekanik Kenderaan Motor ( P – 115 – 1/2)
Para pelatih akan dilatih mengendalikan proses pembaikpulihan kenderaan bermotor. Sesi praktikal akan dijalankan di bengkel-bengkel SEGi bagi memberikan pelatih pendedahan yang diperlukan.

B. Juruteknik Motosikal (P – 118 – 1/2)
Pelatih akan dilatih memahirkan diri menjadi seorang juruteknik motosikal. Pelatih didedahkan kepada semua perihal komponen-komponen motosikal seperti sistem brek, injap, dan tayar seperti yang terkandung dalam silibus kursus tersebut.

C. Artis DTP dan Pereka Grafik (F – 031 – 1 / 2)
Terokailah daya kreativiti anda dengan menguasai seni grafik. Para pelatih akan diajar menggunakan perisian grafik dan peralatan seni untuk menghasilkan rekaan seni masing-masing. Amat sesuai bagi mereka yang mempunyai idea-idea baru untuk diketengahkan dalam bidang pakejing/pembungkusan produk dan pengiklanan.

D. Juruteknik Sistem Komputer (D – 041 – 2/3)
Anda akan dilatih menjadi seorang juruteknik sistem komputer. Pelatih akan diajar cara-cara memeriksa, memperbaiki, mengatur komponen-komponen system komputer yang berkaitan.

E. Juruteknik Rangkaian Komputer (D – 051 – 2/3)
Seorang juruteknik rangkaian komputer berupaya memasang, menguji, mengkaji dan memastikan bahawa komputer serta peralatan rangkaian dapat digunakan untuk menghantar maklumat dari satu unit komputer kepada satu unit komputer yang lain atau kepada mesin pencetak. Pelatih akan dilatih untuk memasang kabel dan memastikan rangkaian komputer berfungsi dengan lancar.

F. Kerani Tempahan dan Tiketan (L 010 –1/2 /3)
Pelatih dilatih untuk menjadi seorang kerani tempahan yang mampu berinteraksi di kaunter-kaunter tiket di agensi pelancongan, kaunter MAS atau Air Asia. Pelatih akan dilatih untuk berinteraksi dan memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan yang baik.

G. Pembantu Kaunter Hadapan ( L 160 – 2/3)
Perkhidmatan yang cekap dan layanan mesra di kaunter hadapan adalah satu kemestian di kaunter mana-mana hotel dan premis perniagaan. Pelatih dilatih untuk mengatasi aduan pelanggan dengan bijaksana serta memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan yang sepatutnya.

H. Pemandu Pelancong (L-030-3)
Anda akan dilatih untuk menjadi seorang pemandu pelancong yang mahir dalam berkomunikasi ketika menawarkan khidmat anda dalam membantu mereka yang mengembara. Anda akan bertanggungjawab menguruskan apa sahaja hal semasa mengiringi pelancong ke destinasi – destinasi di dalam mahupun luar negara.

Back to Main